BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, August 3, 2010

aku sekarang...

Fuhhhhhhh!!!!!!!!!lama aku tak buka blog ne.anyway aku rindu nk mencoret apa yg aku rasa kat blog ne...aku dh abis blaja..tapi aku rindu nk blaja lagi..mmg seronok zaman belaja..
sekarang aku bekerja kat sebuah syarikat.macam2 pengalaman yg aku rasa.ntah lh maybe tu first pengalaman aku bekerja.aku asyik lambat je g keja..van punya pasal lh..dia g bawa aku pusing2 bandar sibu.samapi aku jadi muntah pn ada...tu lh salah sendiri ambik lesen L x juga pass.akibat ny kena terima hakikat lh guna van.
betapa malasnya aku nk bangun pagi..hihhi...tapi kalo mls mana nk dapat duit.mama ngn papa aku selalu ckp mcm tu.aku wat rajin lh..tp aku jujur g keja nk dapatkn pengalaman...
tapi kalo bos swoh aku dduk jer mna nk dpt pengalamn.nnti kalo org tnya apa pengalaman kat tmpat lama...tak kn aku nak jawab belajar cara dduk dgn btol..dh keja aku dduk jer tiap ari..bukan tak suka dduk.tapi tu lh.aku bosan xda wat apa..dengan ofice yg sejuk smpai hbis bulu mata aku gugur.hahahaha.......................

Thursday, April 22, 2010

bila aku jauh...tapi andai aku dekat...


'aku merinduimu...aku..ingin kau ada di saat aku inginkan teman....'


aku pasti setiap pasangan yang bercinta akan melafazkan dan menerima ungkapan ini di kala berjauhan dengan org yang di cintai...tapi tanpa kita sedari bila berjauhan dengan dia yang tersayang macam2 yang kita fikirkan tentang dia..dengan sarat menanggung rindu...


cinta jarak jauh memerlukan kesabaran yang tinggi..kepercayaan yang utuh..tapi kadang kepercayaan yang kita sering di salah nilai oleh pasangan...percaya sahaja tidak cukup dalam perhubungan..andai pasangan kita memberi kepercayaan pada kita jadi kita mesti belajar untuk menjadi jujur dalam pada dia...


aku adalah antara pasangan yang bercinta jarak jauh..dugaan dan cabaran nya hanya Allah sahaja yang tahu..kerana Dia yang menduga aku dan dia..org selalu bertanya pada aku boleh cinta jarak jauh bertahan...soalan ini adalah soalan abstrak yang semua pasangan tahu.....andai kita masih tahu apa itu cinta dan tahu erti menghargai dan bersyukur dengan penghargaan yang pasangan kita buat mengapa TIDAK jawapan nya....


apa yang penting kita tahu batas dan kedudukan kita bila kita berjauhan dengan pasangan kita...


"cubalah untuk setia-Krisdayanti"

~cinTa Tak BerSyaRat~


Tatkala aku dengar lagu cinta tak bersyarat...aku terfikir sendiri mengapa ada sesetengah golongan hamba Allah yang meletakkan syarat dalam perhubungan...aku pernah melalui jalan cerita seperti ini...cinta kontrak...cinta kontemporori..ishhh2..nape lah nak letak kan syarat dlam bercinta kan...sedangkan cinta itu abstrak dan setiap manusia ada persepsi nya sendiri dalam menilai, memberi dan memberi cinta...tapi mengapa mesti ada syaratnya...





dimana nilai keikhlasan dalam menerima pasangan kita seadanya..andai benar kita cintakan pasangan kita mengapa tidak kita cuba mencintai diri nya yang sebenar dan bukan diri yang kita angan2 kan...aku kadang2 rimas bila ada yang mendekati kita hanya kerana ingin kita seperti yg dia inginkan...memang tidak di nafikan setiap manusia ada ciri2 pasangan.tapi sedari lah kita bukan manusia yang sempurna di lahirkan ke dunia ini...





jangan terlalu bersikap memaksa pasangan menurut kemahuan kita kerana tidak semua org yang kita impikan akan menjadi kenyataan...ini tidak mengira kaum adam atau kaum hawa...jangan persoalkan tentang syarat dan undang2 dalam bercinta..tapi.....ingat lah ini tidak bermkna kita boleh sebebasnya..



cinta sepatutnya sesuatu yang luhur..ia adalah anugerah yang Allah s.w.t berikan kepada kita...jadi mengapa kita sebagai hambanya yang telah terpilih untuk menjaga anugerah ini mencemarkan nya dengan syarat2 yang kadang kala memberi trauma kepada pasangan kita...tapi tidak semua yang memberi syarat dalam menjalinkan hubungan...



cuba terima dan pimpin lah pasangan kita dengan cara yang baik...hargai lah dia kerana kelemahan nya kerana melalui kelemahan kita dapat menilai kelebihan yang ada pada dirinya...



"cinta tak semesti kita memiliki dia..ini kerana cinta tidak pernah bersyarat................"








kEseTiaAn????


aku sering kali di uji dengan pelbagai dugaan berkaitan dengan kesetiaan..ye lah zaman bercinta org kata zaman manis dan pahit yang tidak dapat kita gambarkan dengan semanis madu dan sepahit hempedu...banyak teman2 yang membicara kan tentang erti kesetiaan pada aku..ye lah mereka kata apa guna kita setia sedangtkan kita tidak dapat pastikan lagi yang pasangan kita adalah teman yang akn berkongsi suka dan duka kita sepanjang hayat di kandung badan.

kenapa kita tidak pernah bertanya pada diri kita sendiri bahawa sejak bercinta kita mesti melatih diri kita untuk belajar erti apa itu kesetiaan.....dengan tandus nya nilai dan pengertian tentang kesetiaan maka bermacam kita dengar tentang kecurangan...hilang nya janji sumpah dan setia...kesetiaan adalah umpama wasiat yang kita dapat...kita perlu tahu nilai wasiat itu...kerana kita adalah insan terpilih dalam pemberian wasiat itu....

untuk sang pencinta...jangan lah berani dalam mementeraikan sebuah perjanjian andai kita tidak mampu untuk membuktikan yang kita adalah kita yang kita janjikan pada pasangan kita...hidup kita umpama roda..sentiasa berputar,,kadang2 kita dengan senang berada di atas..tapi tanpa kita sedari kita berada di bawah..jadi mengapa tidak pernah kita terfikir untuk setia....

kita sering persoalkan kesetiaan pasangan kita...mengapa????setiap yang kita lakukan adalah dengan redha Allah.s.w.t.mengapa tidak kita terima sebarang kemungkinan yang sememangnya kebenaran bersifat hakiki...biarlah lah kita teguh dengan prinsip yang kita ada supaya setialah pada yang satu kerana insyaAllah dengan kehendakNya kita akan di balas dengan pasangan yang setia juga...



"jadikan kita adalah diri kita sendiri...pegang pada janji..nantikan bukti..."

antara aku, kau dan dia dan facebook



aku kongsi ne sebab aku rasa org len pun pernah rasa sepertimana yang aku rasa...ye lh..kita tau kan facebook ne tempat nk cari kenalan...tukar pendapat dan kadang2 tempat jejak kasih...tapi...aku pihak yang slh gunakan facebook ne semata2 nk sakitkan hati org...rampas apa yang tak sepatutnya jadi hak milik dia...
bohong dan tipu kalau aku katakan yang aku tidak sedih dengan semua ini...ye lah kadang2 org pergunakan kepercayyan kita untuk menghancurkan diri kita sendiri...aku tak faham lah kenapa manusia ne tamak halobanya tak pernah kurang...pepatah kata beri betis nak paha....nama dh juga manusia kan..mana lh nk puas ngan satu benda kan...tapi dalam isu 'relationship' ini aku memang sensitif kalo org yang aku percaya cuba pergunakan aku...
ingat lah wahai insan2 yang ada niat dan tengah berniat nak sabotaj aku dalam facebook tu..insaf lh ye..kita ne kat dunia seronok nak kumpul dosa kan...tapi fikirlah dunia akhirat...jangan ingat kita akan tenang kalo kita sengaja nak ganggu ketenangan org len...beri org len tenang dengan hidup yang dia pilih...tak perlu lah insan2 yang merasa diri nya penyelamat keadaan terus bertopeng di sebalik imej "comel' lah konon nya....



"jadi lah diri sendiri tanpa merasa org len itu adalah penghalang kepada kemahuan dan keinginan nafsu dunia kita yang tidak akan berkesudahan....."

final exam!!!!


tinggal beberapa hari lagi final exam nk bermula...aku pun dh naik pening sekarang ne....
takut juga nak hadapi final exam ne...tambahan lagi aku final year....dugaan..demi dugaan yang aku lalui masa nk final year ne....
aku doa dan berharap agar semua nya berjalan dengan lancar....Amin...
aku nak tunaikan janji2 aku pada org2 yang aku sayang...aku nak mereka rasa bahawa aku juga mampu buat seperti mana org len buat...


"try your best HIDAYAH......................."

sebelum...kini dan selepas.....



andai aku tidak mampu menjadi yang terbaik seperti insan yang sebelum ku dalam hatimu....dan aku memang bukan yang sempurna seperti yang akan datang dalam hidupmu namun kini aku bahagia dan bersyukur kerana aku masih ada kesempatan untuk bersama mu kini..ini kerana aku mencintai hari ini dan akan merindui hari semalam malah aku bersedia untuk menghadapi hari esok...




aku bahagia Allah s.w.t telah memberi aku peluang untuk terus bersamamu dalam melayari erti sebuah kehidupan...walau kadang2 saat bersamamu aku rasa seperti dalam cerita fantasi yang aku sendiri tidak pasti sampai bila aku harus bersama mimpi-mimpi ini...alangkah indah nya dunia andai kita yang mencoret nya seperti mana wujudnya sebuah lagu...




org kata jodoh, pertemuan dan perpisahan adalah kehendak Allah s.w.t...tapi mengapa tidak kita berdoa moga2 Dia merahmati hubungan yang kita bina agar kita terima hakikat tang hakiki dengan redhaNya...tapi kita hanya pelakon di pentas Nya...Dia lh pengarah dan penentu siapa kita dan watak yang akan kita bawa dalam pentas dunia yang hanya sebuah pinjaman....






"hargailah seseorang itu...dan bersyukur lh andai kita di hargai............"