BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, February 26, 2010

Anugerah Yang Tak Ternilai


Sorry sbb aku lama x bkak blog ne..aku bz ngan keja2 projek aku..kali ini aku nak kongsi tentang anugerah yang tak ternilai..mungkin ramai org menganggap semua bnda dalam duniawi adalah anugerah..Tapi bagi aku anugerah yang tak ternilai adalah aku di lahirkan dalam dunia ini.Aku dapat lihat keindahan alam..hidup dalam keluarga bahagia.Aku di besarkan dengan penuh kasih sayang...Aku bahagia ada mama,papa dan adik.Hari aku tengok cerita cekerama.Tajuk nye ihsan.Aku sampai nangis2 bila tgk anak menderhaka kepada mak dan ayah dia.Sedangkan cinta dan kasih sayang yang mak dan ayah bagi adalah anugerah yang terindah dalam hidup kita.Aku tak tahan tgk mak ayah aku sedih ingat aku.Ye lah kan kadang2 kita sendiri tak sedar kalau kita ada melukakan hati mak ngan ayah kita..

Aku sayang mama aku sangat.Sepanjang 9bln 10 hari mama aku kandungkan aku..mcm2 dugaan yg dia lalui.Sampai saata aku di lahirkan pun mama bertarung nyawa nak selamatkan aku.Sebab aku adalah puteri hati mama dan papa yang pertama.Tanggal 24 Disember 1987 aku di lahirkan..Papa gembira sangat sebab aku adalah anugerah yang tak ternilai untuk cinta mama dan papa.

Macam mna aku sayang mama begitu juga aku sayang papa.Bagi aku tiada seorang laki yang dapat menggantikan papa dalam hati aku.Aku di layan bagaikan seorang puteri.Sejak di lahirkan aku di beri pnuh kasih sayang.Apa pun sanggup papa aku lakukan demi aku.Setiap kali aku menangis papa akan cuba beri yang termampu agar aku bahagia.Papa adalah lelaki idola aku.Papa tidak pernah menyalahkan atau merendah kan aku walau keputusan peperiksaan aku teruk.Kata papa.'anak papa dah cuba..lain kali kakak mesti buat yang terbaik..selagi kakak tak buat papa marah selagi tu kakak jangan sedih..'sungguh bermakna kata2 papa pada ku.Setiap apa yang aku lakukan aku mesti ingat pada pesan papa.Dia nak tengok aku berjya..

Mama dan papa selalu kata..Anak jangan jadikan suruhan tapi jadikan anak sebagai kawan..Supaya kita boleh kongsi masalah.Aku suka cara mama dan papa didik aku.Walau kadang2 aku melampau sikapnya.Tapi mama dan papa sabar dalam melayan karenah aku.Tiap saat aku doakan moga papa dan mama sentiasa di bwh lindungan RahmatNya.aku sayang sangat mama dan papa.

Setiap titik kasih sayang dan cinta yang mama dan papa curahkan pada aku akan aku jaga baik2.Tiada yang mampu membahagiakan mama dan papa melainkan melihat aku berjaya dan bahagia.Aku tak nak mama dan papa menangis kerana melihat aku derita dan kehancuran.Mama dan papa adalah insan istimewa di hati aku.Sampai bila2 pn

Untuk Mama dan Papa..Terima kasih kerana beri kakak peluang untuk menikmati makna hidup dan memberi sepenuh kasih sayang yang tak ternilai.Yang tak mungkin kakak dapat dari org lain.Cinta dan kasih sayang kakak hanya utk mama dan papa.



both of u is my soul..my idol and my heart...

0 comments: