BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, February 27, 2010

Dealova...


aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu


aku ingin menjadi sesuatu yang mungkin bisa kau rindu

karena langkah merapuh tanpa dirimu

oh karena hati tlah letih



aku ingin menjadi sesuatu yang selalu bisa kau sentuh

aku ingin kau tahu bahwa ku selalu memujamu

tanpamu sepinya waktu merantai hati

oh bayangmu seakan-akan



kau seperti nyanyian dalam hatiku

yang memanggil rinduku padamu

seperti udara yang kuhela kau selalu ada



hanya dirimu yang bisa membuatku tenang

tanpa dirimu aku merasa hilang

dan sepi

dan sepi



kau seperti nyanyian dalam hatiku

yang memanggil rinduku padamu

seperti udara yang kuhela kau selalu ada



kau seperti nyanyian dalam hatiku

yang memanggil rinduku padamu

seperti udara yang kuhela kau selalu ada



selalu ada, kau selalu ada

selalu ada, kau selalu ada



Mula aku dengar lagu ne tahun 2006. Aku jadi sangat fanatik ngan lagu ne.Kalau boleh aku nak jadi mcm lagu ne..Tapi aku berfikir mampu kah aku menjadi seperti apa yang Once nyanyikan dalam lagu..Bukan mudah nak jadi setiap sudut yang org boleh terima kita. Kadang2 orang lbih nampak kelemahan kita dari nampak kelebihan kita.Lumrah seorang manusia hanya mampu menilai seseorang dari luaran sahaja. Manusia berbeza dari makhluk lain. Manusia mempunyai akal fikiran untuk berfikir. Tapi anugerah Allah tu manusia ketepikan sahaja semata2 kerana keegoaan masing2.



Kita selalu menginginkan yang terbaik utk pasangan kita. Apatah lagi bila kita mula memikirkan tentang masa depan. Bagi kita walau orang lain tidak menilai kita yang terbaik..bakal pasangan hidup kita layak untuk memberi gelaran itu. Kerana apabila dia merasakan kita adalah trbaik maka kita jadi pilihannya.. Begitu juga dengan pasangan kita. Kita pilih dia sebab kita rasa dia adalah yang terbaik antara pilihan yang kita ada. Bukan mudah utk membuat pilihan dalam pilihan hidup. Setiap manusia mmg di tentukan jodoh,pertemuan dan ajal masing2. Aku bersyukur dengan apa yg terjadi pada ku. Setiap yang terjadi akan mematangkan lagi siapa aku di mata dia dan mereka..



Aku jadikan semua yang terjadi pada masa lampau..hari ini sebagai perjalanan hidup yang aku mesti lalui walau sakit mana sekalipun. Kerana aku tahu Allah s.w.t menguji umatnya supaya lebih tabah utk menghadapi cubaan dan ujian pada hari esok..Cuma aku bertanya masih adakah esok utk aku. Kerana esok satu penantian utk aku.Penantian yang langsung tiada pastinya.



Walau apa pun jadi aku bersyukur kerana rasa cinta masih wujud dalam hidup aku.Cinta banyak mengajar aku tentang dunia ini..Dunia bukan hanya milik kita sahaja kerana masih ada orang len wujud dlam dunia ini.Apa yang penting hargai lah seseorang itu selagi dia masih berada dekat ngan kita...Jangan biar kita menangis kerana tidak berdaya untuk menggapai makna dia dalam hidup kita...



'CINTA ITU SESUATU YANG TERLALU ABSTRAK UTK SESIAPA MERASAI DAN MENILAINYA'

Friday, February 26, 2010

Anugerah Yang Tak Ternilai


Sorry sbb aku lama x bkak blog ne..aku bz ngan keja2 projek aku..kali ini aku nak kongsi tentang anugerah yang tak ternilai..mungkin ramai org menganggap semua bnda dalam duniawi adalah anugerah..Tapi bagi aku anugerah yang tak ternilai adalah aku di lahirkan dalam dunia ini.Aku dapat lihat keindahan alam..hidup dalam keluarga bahagia.Aku di besarkan dengan penuh kasih sayang...Aku bahagia ada mama,papa dan adik.Hari aku tengok cerita cekerama.Tajuk nye ihsan.Aku sampai nangis2 bila tgk anak menderhaka kepada mak dan ayah dia.Sedangkan cinta dan kasih sayang yang mak dan ayah bagi adalah anugerah yang terindah dalam hidup kita.Aku tak tahan tgk mak ayah aku sedih ingat aku.Ye lah kan kadang2 kita sendiri tak sedar kalau kita ada melukakan hati mak ngan ayah kita..

Aku sayang mama aku sangat.Sepanjang 9bln 10 hari mama aku kandungkan aku..mcm2 dugaan yg dia lalui.Sampai saata aku di lahirkan pun mama bertarung nyawa nak selamatkan aku.Sebab aku adalah puteri hati mama dan papa yang pertama.Tanggal 24 Disember 1987 aku di lahirkan..Papa gembira sangat sebab aku adalah anugerah yang tak ternilai untuk cinta mama dan papa.

Macam mna aku sayang mama begitu juga aku sayang papa.Bagi aku tiada seorang laki yang dapat menggantikan papa dalam hati aku.Aku di layan bagaikan seorang puteri.Sejak di lahirkan aku di beri pnuh kasih sayang.Apa pun sanggup papa aku lakukan demi aku.Setiap kali aku menangis papa akan cuba beri yang termampu agar aku bahagia.Papa adalah lelaki idola aku.Papa tidak pernah menyalahkan atau merendah kan aku walau keputusan peperiksaan aku teruk.Kata papa.'anak papa dah cuba..lain kali kakak mesti buat yang terbaik..selagi kakak tak buat papa marah selagi tu kakak jangan sedih..'sungguh bermakna kata2 papa pada ku.Setiap apa yang aku lakukan aku mesti ingat pada pesan papa.Dia nak tengok aku berjya..

Mama dan papa selalu kata..Anak jangan jadikan suruhan tapi jadikan anak sebagai kawan..Supaya kita boleh kongsi masalah.Aku suka cara mama dan papa didik aku.Walau kadang2 aku melampau sikapnya.Tapi mama dan papa sabar dalam melayan karenah aku.Tiap saat aku doakan moga papa dan mama sentiasa di bwh lindungan RahmatNya.aku sayang sangat mama dan papa.

Setiap titik kasih sayang dan cinta yang mama dan papa curahkan pada aku akan aku jaga baik2.Tiada yang mampu membahagiakan mama dan papa melainkan melihat aku berjaya dan bahagia.Aku tak nak mama dan papa menangis kerana melihat aku derita dan kehancuran.Mama dan papa adalah insan istimewa di hati aku.Sampai bila2 pn

Untuk Mama dan Papa..Terima kasih kerana beri kakak peluang untuk menikmati makna hidup dan memberi sepenuh kasih sayang yang tak ternilai.Yang tak mungkin kakak dapat dari org lain.Cinta dan kasih sayang kakak hanya utk mama dan papa.



both of u is my soul..my idol and my heart...

Sunday, February 21, 2010

Oh Lelaki...!!!!


Dah beberapa hari ni aku tak mencoret lam blog kesayangan aku ne...Aku sibuk ngan pelbagai hal..tambah g ngan masalah yang dtg tak dijemput...Dalam aku memikirkan masa depan aku terfikir nk kembali menulis dalam blog ne..Smua nya tentang oh lelaki!!!...
Memang bohong kalau kita kata kita bleh bahagia walau tanpa lelaki...kadang2 lelaki adalah 'element' penting dalam hidup kita seorang perempuan...bkn mudah nak definisi kan lelaki..lelaki di wujudkan dengan pelbagai ragam...kadang2 aku terfikir mengapa harus diwujudkan lelaki yg dengan pelbagai ragam nya...dari yg egonya lebih tinggi dari Gunung Everest sampai lah ego yg tak jelas puncanya...Lelaki akrab nya didefinisikan sbg insan yg unik..aku pn xtau...mybe sbb dia org ble buat poligami agaknya..MMMmmmmm..lelaki kan...Sunnah nabi tu je yg dia org ikut...
Tapi ada juga lelaki yg sanggup bergadai nyawa semata kerana seorang wanita...Nak jadi 'superman'..tp tak kurang juga lelaki yg lngsung tidak menghargai seorang wanita...Lelaki terlalu obses dengan gelaran sebagai lelaki...Kadang2 bila aku tengok seorang lelaki yg sanggup buat apa sahaja utk wanita yg di cintai aku rasa bahagia..Alangkah indah dunia ne andai smua lelaki tau hargai pa yg ada depan mata dan apa yg telah di anugerahkan..lelaki kadang2 di butakan mata dan mata hati dengan nafsu iblis...Lelaki insan yg di lahirkan dengan satu nafsu dan sembilan akal...tapi berbeza dengan wanita yg hanya ada 1 akal dan sembilan nafsu...Ini membezakan kan wanita lebih mampu untuk menghargai akal dari menghargai sembilan nafsu yg ada..manusia akan mati dan hidup andai mampu menyeimbangkan antara nafsu dan akal.....
Wahai para lelaki jgn mudah mengatakan bahawa kesemua nafsu wanita itu mampu mengatasi satu nafsu kalian...Lelaki penuh dengan egoisnya...demand nya yg tersendiri.Lelaki akan berusaha mencari wanita idaman sedangkan cinta itu abstrak untuk kita nilai...kadang2 cinta itu indah..kdang cinta itu lebih pahit dari hempedu.wahai sang arjuna...andai lah kaum kalian terlalu mendamba seorang wanita idaman sampai terhentinya detik masa pun tidak akan berjumpa..kerana kita manusia di lahirkan dengan kelemahan dan kelebihan nya...andai dia kelebihan kita jadikan kelemahan nya sebagai bimbingan kepada kelebihan kita...
Aku tertanda tanya mengapa lelaki insan yg ssah untuk kaun hawa fahami..dalami apatah lagi untuk kita rasai maksud lelaki nya...Aku tidak hanya meneliti dimana kurang nya seorang lelaki kerana aku juga perlukan seorang insan untuk mencintai aku..Dan semestinya insan itu adalah lelaki..Aku mamp melihat kedunia yg indah ini pun adalah kerana adanya lelaki dan wanita iaitu mama dan papa...
Sebanyak manapun kita mendefinisikan tentang lelaki..kita juga makhluk Allah s.w.t yg saling memerlukan antara satu sama lain...biar kita pusing,bengang,marah dan apa jua emosi lelaki dan wanita saling berkaitan...saling memerlukan..
Sang Arjuna....

Kasih, kenanganku

Ingatkah saat saat dulu

Kasih, apakah dirimu

Merasakan semua itu

Ke mana pun langkahku pergi

Ku masih melihat bayanganmu cintaku

Dan kemana pun arah anginku berlari

Hati ini masih kau miliki

Lelaki ini yang selalu mencintamu

Selalu, tanpa ragu

Lelaki ini yang selalu memuja

Hanya dirimu

Yang bertakhta dalam sanubariku

Sanubari ku

Aku yang mencintakan mu

Hanya dirimu…

Karena cintaku, tak berbatas waktu

Karena cintaku, tak mengenal jenuh hatimu

Hatimu…

Monday, February 15, 2010

CeMbuRu+MeRajuK=???


Aku ne keliru lah...persoalan ni aku tanya ngan diri aku sendiri..mengapa mesti wujud cemburu...???patu bila dah cemburu wujudlah pulak Merajuk nya...???Tapi ADA ORANG KESAH???langsung xda kan..tp yg kisah sapa yang tanggung hal ni jew...Aku ne boleh tahan cemburu..tapi aku jenis tak tunjuk yang aku cemburu ngan sesuatu perkara terutama dalam hal cinta..aku rela makan hati dan nangis sorang2..Merajuk pulak...malas aku nak fikir..aku nak kata tahap merajuk nyew cipan tak adalah..aku pun manusia biasa jew...Ya lah nak merajuk ngan mama n papa best..walau terasa hati aku tetap hepi..tapi ngan buah hati tak nak lah merajuk..aku suka wat hal aku sendiri kalau rasa tak puas hati...mls nak fkir benda yang tak mungkin buat aku senyum..aku suka buat benda yang aku rasa bahagia,gembira dan senang hati walau pun orang len tak suka..aku tak ambik kisah pun kalau2 mereka tak senang..aku hidup pn bukan mereka yang tentukan..
Cuba lah rasa cemburu dan merajuk tu kita hapuskan...kan bagus..dapat lah kurang hal gaduh2 dlm hubungan..aku ne bkan nak sajew cita2 hal mcm ne..aku selalu alami hal2 macam ne..Ye lah untuk org macam aku mmg sukar hadapi semua ne...tapi yang penting aku happy selalu...Aku nak sentiasa rasa aku ne happy dalam tangisan...menangis kadang2 buat aku terasa itu adalah kelemahan paling besar yang aku ada...tapi aku hanya manusia biasa yang mampu menangis dan ketawa..
"Perlu ke Aku Cemburu+Merajuk=aku pun tak pasti jawapan nyew apa....

Semuanya hanya pinjaman


Seoanjang kehidupan ini aku keliru ngan smua yg aku wat lam hidup ku..Kadang kala menuntut aku untuk lebih matang dalam membuat pilihan..Mungkin kelemahan aku tidak tahu mengemudi pilihan yang telah i beri kepada aku.
Tapi aku tetap bersyukur.Aku masih diberi peluang dalam menentu pilihan hidup aku. Bukan mudah dalam menentu pilihan dalam hidup. Sebagai manusia biasa aku selalu tersalah dalam membuat pilihan..Tapi aku berpegang pada pepatah setiap benda atau perkara tidak semua nya sempurna.ada kurang dan ada lebihnya..
Tapi mengapa manusia di luar sana hanya tahu menilai kesilapan manusia.Apa yang berlaku adalah pilihan kita.Tidak membabitkan mereka yang tidak berkaitan...Terutama dalam hal cinta.Aku bosan menjawab soalan manusia2 itu tentang cinta aku...Bagi mereka mungkin aku bukan yang terbaik..tapi aku cukup menghargai siapa aku.
Untuk mereka di luar sana...analisis diri sediri dahulu sebelum membuat tesis tentang orang lain...

JaLinaN AntaRA ciNta dan GamBAr



Aku sangat suka akan fotografi...setiap masa terluang aku akn ambil mcm2 jnis gmbar.ia adalah salah satu cara aku nak hilangkan rasa kesedihan aku. Aku jenis tidak dapat nak nak luah kan kesedihan aku ngan kata2 semata-mata.aku suka luah melalui gambar2 yang aku ambil...
Aku suka gambar kerana ia tidak pernah berubah dimamah waktu yang tak pernah setia menunggu manusia yang leka dengan dunia ciptaan sendiri.Melalui gambar juga aku mempnyai inspirasi dalam mengenal erti cinta yang sebenar...<3...Gambar di ambil dalam pelbagai posisi.begitu juga dengan cinta. Ia hadir dalam pelbagai cara. Cinta tak pernah mengajar kita untuk menjadi hambanya malah cinta mengajar kita untuk menjadi seorang teman yang bermakna saat kita susah atau senang.
'Candid'...itu adalah posisi gambar yang aku suka sangat. Kerana sebarang benda yang unintended adalah kenangan terindah bagi aku. Kerana cinta aku adalah sesuatu yang tidak sengaja. Cinta tanpa rancangan..tapi Yang Maha Esa adalah Perancang dan penentunya. Manusia diberi akal dan fikiran yang ckup kuat gabungannya supaya kita mampu menilai cinta itu atas dasar apa....
OH GAMBAR!OH CINTA!

YanG PeRTaMA v.s YaNG TEraKHir


Kadang2 aku bertanya dengan diri sendiri mengapa aku tidak mampu menjadikan aku adalah aku sendiri.mengapa bayangan masa lalu menghantui aku.Orang kata walau kita bukan yang pertama dalam hatinya tapi kita seharusnya bersyukur kerana mampu menjadi org terakhir yang dia cintai.Tetapi mengapa tidak kita fikirkan andai kita yang terakhir maka kita akan di hantui masa lalu nya..Masa lalu yang mampu melumpuhkan rasa kita padanya...
Jawapan kepada persoalan ini adalah kita tidak perlu menilai dimana kita pada hati org yang kita sayang..Selagi ada cinta selagi itu kita merasakan setiap peringkat dalam hatinya adalah kita..
Ni kata-kata bila semuanya kita rasa cinta itu segalanya...Tapi aku amat mengharap agar aku boleh menjadi yang terakhir dalam hidup nya...Besar dugaan yang aku tempuhi saat aku mula mengenal apa itu cinta dan siapa MOHD AZMAEN B TERUNA...Lelaki yang penuh dengan admire sendiri...Mengapa timbul soal kepercayaan dalam hubungan..Salah kah andai kita merasa untuk cemburu terhadap pasangan kita..Tapi itu lah manusia..Menuntut untuk mencintai..di cintai..mempercayaii..jujur..tetapi di mana letak nya nilai kesetiaan.Tiada guna berpegang pada kepercayaan dan kejujuran.Tetapi kita tidak tahu menghargai erti sebuah kesetiaan dalam hubungan.
Adakah aku juga insan yang perlu mempersoal tentang makna setia...Wajarkah kita meyakini bahawa kita setia pada pasangan kita bahkan beribu manusia menggugat tembok setia kita...Cinta sememangnya terlalu susah untuk kita ungkap..Mungkin cinta itu sesuatu yang kita rasa tapi manusia tidak cuba menghargai cinta..Untuk menghargai cinta cubalah belajar menghargai orang yang kita cinta dan orang yang sememangnya mencintai kita...
Apa yang dapat aku simpulkan..cinta adalah cinta..Dan manusia tetap dengan egonya dalam menghapuskan betapa suci nya cinta itu.Apa pun persepsi manusia terhadap cinta..Lembutkan lah hati agar kita mencintai Yang Maha Esa terdahulu..Tandus cinta kita padaNya maka kian timbus cinta kita pada orang yang Dia anugerahkan untuk kita...salam

Kenangan Pahit & Kenangan Manis=Memori Tercipta


Shila OIAM - Memori Tercipta Lirik :-
Bergetar jiwa dipersada bercahaya
Pertemuan harapan pertama kalinya
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Sukar dipercaya pintunya terbuka


Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa

Mengalun suara sesuri bisikan hati
Seiringan mencari haluan berseni
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Tiada pon terduga pintunya terbuka

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada ku lupa

Yang terpahit jua termanis
Semuanya bagiku terindah
Kuingati buat selama-lamanya
[Memori Tercipta lirik on http://lyricsmusicvideo.blogspot.com ]

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa

Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama (3x)
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa






Slm u all..lamanya aku tak buka blog ne..aku ne asyik sibuk jer..Aku ne blur mode jer sejak akhir2 ne..Aku ada byk cerita nk kongsi ngan u all..yer lah mcm masalah aku hadapi sekarang..tapi aku tak mengeluh ngan masalah ne..maybe tuhan nak uji aku...

Aku sunyi gak kadang2 sebenarnya..tapi aku wat mcm2 supaya aku ble rasa happy.Kadang aku kena happy kan diri aku supaya org tak perasan yang aku ne ada banyak masalah..Tapi aku happy kalau org yang aku sayang happy.Bukan senang tau nak senangkan hati org..kadang2 aku makan hati berulam jantung jga..yer lah apa yg org nak tak semstinya sama ngan pa yg kita bg utk dia...
Sekarang nak cita hal diri aku plak..Sekarang aku blaja kat Unitar..InsyaAllah taun ne aku konvo..Tapi aku bingung plak bis blaja..aku nak keje apa eyh..aku ne jnis suka berangan..Tapi aku bukan angan2 mat jenin..Bak kata pepatah 'hendak seribu daya,tak nak seribu dalih'....Aku ambik bahagian pengurusan kat Unitar..Sejak aku masuk unitar aku ada banyak kenangan manis dan pahit. Tapi aku anggap semua tu adalah memori yang tak mungkin aku lupakan..Yang manis aku jadikan pemangkin hidup aku..yang pahit aku jadikan anjakan untuk aku dapat kan sesuatu yang indah...
Aku ni lahir dalam keluarga yang sederhana jew...Papa aku keja kat syarikat pembalakan.Mama aku pulak jadi surirumahtangga jew.Aku ne anak sulung dari 2 orang adik beradik...Adik aku pn perempuan..Baru jew masuk tingkatan 4.Aku happy sangat ada family yang macam ne..Walau apa jew dugaan yang datang dalam hidup aku family tak pernah abaikan aku..Papa dan mama adalah idola aku.
CINTA...aku sekarang telah pun ada seseorang yang aku sayang dan cintai sangat-sangat dalam hidup aku..Dia seorang laki yang benar2 faham dan ambil berat tentang aku..Dia layan karenah aku yang kadang2 agak melampau..Dia sanggup buat apa jew utk aku..Aku bukan nak puji kekasih hati aku..Tapi lain dari semua laki yang aku kenal...Sejak kenal dia aku dapat kurangkan sifat panas baran aku..Aku jadi yakin dengan apa yang aku buat..Dia tak pernah biarkan aku sendirian dalam hadapi apa pun...Walau kadang2 ada orang yang tak pernah suka hubungan aku ngan dia tapi dia ttp percaya dan cintakan aku..Aku berdoa dan mohon restu dari yang Esa moga2 dapat menjadikan dia sebagai teman hidup ku...Apa yang aku suka dia sentiasa ceriakan aku..Hubungan kami umpama seorang sahabat dan tidak hanya pada nama sepasang kekasih...Thanx Allah S.W.T berikan aku kesempatan untuk bersama lelaki yang mencintai aku..sepertimana kau cintakan Umat Mu..
Aku rasa cukup setakat ne jew aku wat intro tentang diri aku...dalam blog yang seterusnya aku akan cerita lebih banyak memori indah yang aku lalui....